Tuesday, July 15, 2008

Perkhemahan Hari Pengakap Bahagian Sandakan

Salam Pengakap,

Saya selaku Ketua Perkhemahan ini, ingin menjemput semua ahli pengkap Bahagian Sandakan untuk menyertai dan menjayakan perkhemahan ini. Butiran lanjut tentang perkhemahan ini, untuk ahli pengakap bahagian Sandakan boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing. Bagi ahli pengakap lain yang ingin menyertai perkhemahan ini, sila berhubung dengan Pesuruhjaya Pengakap Bahagian dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing.

Jika anda berminat, sila berdaftar secara segera kerana pihak pengurusan ingin membeli insurans supaya semua peserta perkhemahan dapat dilindungi. Jika kamu ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya (danielkeith84@hotmail.com) dan En. Lam Tee Tze (jackjye@hotmail.com)

Kepada semua kelana yang ingin membantu menjayakan perkhemahan ini, sila berhubung dengan Penolong Camp Chief / Ketua Service Corp (Alvin Chan - 013-8861989) dengan secepat mungkin.

"Berkhidmat melalui berpengakap"

Yang menjalankan tugas,

Daniel Tan

Ketua Perkhemahan Hari Pengakap Bahagian Sandakan

1 comment:

Anonymous said...

hye....
so proud s'kan scout have their own blog..
keep it up
put some picture..
organisation chart..